c-section

Set Berpantang - Jamu vs Vitamin

6:48 AM

Bersalin dan berpantang memang sinonim dengan jamu. Masa mengandung sudah sibuk mencari jamu untuk dimakan dan disapu ketika berpantang nanti. Begitu jugalah dengan saya. Untuk anak yang pertama, suami yang sibuk 'survey' set bersalin untuk kegunaan isterinya. Set berpantang lengkap dengan bengkung tradisional.

Seingat saya, saya tidaklah teruja sangat dengan set berpantang ini. Maklumlah saya pernah ada pengalaman pahit dengan jamu tradisional ni. Masa tu saya makan jamu dan teh yang kononnya berkesan untuk kurus. Apa yang berlaku saya mengalami cirit birit yang teruk. Tak cukup dengan itu saya mengalami pendarahan ketika membuang air besar (read: berak berdarah) walaupun sudah minum air dengan banyaknya.

Alkisah, saya bersalin secara pembedahan. Anak pertama saya mengalami distres. Ketika air ketuban dipecahkan, air ketuban tidak berwarna jernih sepenuhnya. Ada sedikit cairan coklat. Doktor kata bayi sudah berak dalam perut. Bukaan rahim cuma 3cm ketika itu. Padahal sakit bukan kepalang. Doktor putuskan untuk menunggu sehingga 12 jam sahaja. Jika bukaan masih kurang dari 10 cm pembedahan akan dijalankan. Bayi harus dikeluarkan segera untuk mengelakkan risiko terbelit tali pusat dan lemas. 

Dipendekkan cerita, saya terbaring di katil hospital selama 5 hari. Saya mengalami kembung perut atau 'bloating'. Saya tidak kentut dan perut tidak menyusut. Sakit pembedahan tidak terperi. Ditambah dengan kembung yang tak dapat nak digambarkan ketidakselesaannya. Jururawat pula cuba pelbagai cara. Bagi saya minum ubat, masukkan tiub melalui hidung dan juga sedikit urutan. Saya juga demam di malam hari. Allah... perhatian rapi diberikan kepada saya. Bayi juga mengalami kuning dan diletakkan di bawah 'phototherapy'. Untuk rujukan tentang Neonatal Jaundice ni saya galakkan anda semua baca artikel yang ditulis oleh Dr Azwan. Klik sini Neonatal Jaundice

Jamu tidak dapat dimakan dan selepas discaj juga sama kerana bayi ada kuning. Hanya pilis disapukan pada dahi. Bengkung apatah lagi saya tak berani kerana luka pembedahan masih baru. Fobia dibuatnya. Walaupun begitu luka pembedahan pulih dengan sempurna. Emak dan kakak ipar jaga saya sebaiknya. Suami pastikan saya makan pati haruan dan buah oren. Makanan pantang juga disediakan oleh emak. Alhamdulillah.

Kita merancang, Allah yang menentukan. Selepas berpantang saya mula bekerja di tempat baru. Suasana baru yang lebih tenang dan seronok. Mood baru. Sekali lagi saya disahkan mengandung. Hanya sempat datang bulan sekali sahaja selepas berpantang. Ketika itu anak pertama berusia 3 bulan. Oleh kerana set bersalin ketika anak pertama tidak digunakan sepenuhnya, saya tidak membeli set yang baru. Suami kata membazir kalau beli. Sedangkan masih elok dan tarikh luput masih lambat lagi.

Terkejut tapi tak dapat menolak ketentuan Illahi. Salah kami juga. Perjalanan mengandung dipermudahkan. Suami banyak menguruskan hal rumahtangga dan anak. Walaupun mengandung tapi masih kuat dan tidaklah mengalami masalah yang serius. 

Memandangkan jarak mengandung yang sangat rapat, bukaan rahim yang sangat perlahan dan kesakitan yang tak tertanggung untuk kelahiran kedua, saya bersalin secara pembedahan juga. Anak kedua mengalami prolong jaundis. Sehingga dua bulan lamanya. Jadi, set bersalin berupa jamu itu sudah tentu tidak dapat dimakan.

Setelah menyertai keluarga Shaklee, saya sudah set dalam minda untuk berpantang dengan vitamin Shaklee sekiranya saya ditakdiran mengandung lagi. Ia berdasarkan maklum balas yang sangat positif dari customer dan rakan-rakan bisnes yang sudah menggunakannya. Sejak mengandung saya sudah makan Set Hamil Shaklee dan alhamdulillah sangat berpuas hati dengan hasilnya. 

Oleh kerana Set Hamil Shaklee dan Set Berpantang Shaklee tiada banyak bezanya ianya betul-betul memudahkan saya. Hanya perlu ditambah dengan beberapa jenis vitamin sahaja. Cerita saya berpantang banyak diceritakan di SINI

Saya tak katalah berpantang dengan jamu tu tak bagus. Ianya terpulang kepada individu. Tak semua orang sama. Ada yang serasi, ada yang tidak. Jadi pilihlah ikut keserasian dan bajet masing-masing. No offence ya.


Gambar 03.04.2015

Gambar hiasan sebulan selepas kelahiran Sofea. Masih berpantang lagi masa ni.